Friday 29 April 2011

Homestay Bukit Alif

Kedudukan Strategik 

Homestay ini terletak di kawasan yang strategik bagi pengunjung ke Johor Bahru. Unit kondominium yang telah diubah suai untuk keselesaan tetamu ini berada hanya 8km dari pusat bandar manakala tarikkan lain adalah mudah untuk dikunjungi kerana kedudukannya yang berdekatan dengan jalan-jalan utama.
  
Memenuhi Kehendak 

Suasana unit kondominium ini sesuai untuk pengunjung yang datang dengan keluarga ataupun kawan-kawan yang inginkan keselesaan. Terdapat 3 unit bilik tidur, 2 unit bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur. Semua bilik-bilik ini telah disuai padan dengan perabot-perabot yang selesa dan menepati keperluan. 


dan lebih....
Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan-kemudahan lain disediakan untuk pengunjung untuk mengisi masa lapang seperti kolam renang, taman permainan kanak-kanak, kafe siber, dan lain-lain. Kawasan persekitaran homestay ini juga berdekatan dengan pusat membeli-belah terkenal di Johor Bahru iaitu Plaza Angsana.